Wednesday, February 19

Teks Pengacara Majlis



PERKARA
TEKS
MC
GENERAL
*Mohon Perhatian*
Bagi memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, hadirin diingatkan agar mematikan atau memastikan telefon bimbit anda berada dalam pengaturcaraan senyap.

Apabila diumumkan ketibaan YANG BERBAHAGIA Prof. Madya. Dr. Md Amin bin Md Taff, timbalan naib canselor hal ehwal pelajar dan alumni, UPSI berserta dif-dif kehormat, hadirin diminta berdiri.

*Kerjasama para hadirin amat dihargai*

Majlis mengumumkan ketibaan YANG BERBAHAGIA Prof. Madya. Dr. Md Amin bin Md Taff diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.


Kata Aluan
HADIRIN DIMINTA UNTUK TERUS BERDIRI BAGI MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU DAN IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN.

Hadirin dipersilakan duduk.

*Bismillahirahmanirrahim* (whisper)

“Ulik Mayang nyanyian asli,
Dilagu si gadis merdu sekali,
Terima kasih sekalung budi,
Sudi datang ke majlis merai.”

Yang berbahagia,
Prof. Madya. Dr. Md Amin bin Md Taff, timbalan naib canselor hal ehwal pelajar dan alumni, UPSI.

Yang berbahagia,
Dr. Bazrul bin Bahaman, pengetua kolej, Kolej Ungku Omar.

Yang berusaha,
En. Mohd. Fadhil bin Abdullah, Felo kediaman, Kolej Ungku Omar.

Yang Berusaha,
Haji Mohd Hasan bin Miya Huson, pengerusi Darul Hedayah Akademi Rohingya.

Yang Berusaha,
Nurul Taqifa binti Mazlan, pengarah program Majlis pelancaran spread the love.

YANG DIKASIHI,
Para guru, para ahli jawatan kuasa perlaksana serta para hadirin yang dirahmati sekalian...

Assalamualaikum wbt  dan salam 1 Malaysia.

Selamat datang ke majlis pelancaran spread the love anjuran Kelab Pelajar Diploma Kolej Ungku Omar .

Untuk pengetahuan para hadirin, tujuan majlis pelancaran ini dilaksanakan adalah untuk merasmikan program  membimbing anak anak rohingya khususnya dari segi akademik dan sahsiah. Pihak universiti khususnya, Kelab Pelajar Diploma Kuo telah merancang dan memastikan anak-anak syurga ini mendapat pendedahan  akademik secukupnya dengan mengadakan program pendidikan yang akan dilaksanakan selepas pelancaran ini.



Bacaan Doa

“Bunga raya cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.”

Dengan ini majlis mempersilakan Saudara HANIWIJAYA BIN ABD RASHID
untuk memimpin bacaan doa.

Amin-amin Ya Rabbal Alamin

Terima Kasih diucapkan kepada Saudara HANIWIJAYA BIN ABD RASHID atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Pengetua

Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzim mempersilakan DR. BAZRUL BIN BAHAMAN,  pengetua kolej, kolej ungku omar. untuk menyampaikan ucapan beliau.

*Dengan segala hormatnya dipersilakan*

Terima kasih diucapkan kepada  DR. BAZRUL BIN BAHAMAN  atas ucapan beliau sebentar tadi.


UCAPAN TNC (PERASMI)
“Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.”

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada yang berbahagia Prof. Madya. Dr. Md Amin bin Md Taff, timbalan naib canselor hal ehwal pelajar dan alumni, UPSI untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan majlis pada petang ini.

*Dengan segala hormatnya dipersilakan*

Dengan ini majlis mempersilakan yang berbahagia Prof. Madya. Dr. Md Amin bin Md Taff, melancarkan perasmian gimik.

*Gimik perasmian*

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya. Dr. Md Amin bin Md Taff atas kesudian beliau untuk menyampaikan ucapan serta merasmikan majlis pada hari ini.

Persembahan dan Penyampaian Sumbangan.
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada anak-anak Darul Hedayah Akademi Rohingya. Mari sama-sama kita Saksikan.

Terima kasih atas persembahan yang menarik itu tadi.

Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia Prof. Madya. Dr. Md Amin bin Md Taff, timbalan naib canselor hal ehwal pelajar dan alumni, UPSI diiringi Dr. Bazrul bin Bahaman dan En. Mohd. Fadhil bin Abdullah ,  untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada para pelajar dan cenderahati kenang-kenangan kepada pihak darul hedayah akademi rohinga. Majlis mempersilakan.

*pemberian duit raya*

Seterusnya, dipersilakan Yang Berusaha, Haji Mohd Hasan bin Miya Huson, pengerusi Darul Hedayah Akademi Rohingya, untuk menerima sumbangan dan cenderahati kenang kenangan daripada pihak kuo.

Seterusnya, dipersilakan Yang Berbahagia Dr. Bazrul bin Bahaman  pengetua kolej, kolej ungku omar memberikan cenderahati kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Prof. Madya. Dr. Md Amin bin Md Taff

Terima kasih diucapkan kepada dr. Bazrul bin bahaman atas kesudian beliau menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

SEKARANG TIBALAH MASA UNTUK SESI BERGAMBAR. Dijemput  para dif kehormat untuk berfotografi bersama-sama untuk naik di atas pentas.

 *sesi fotografi*



Dengan berakhirnya sesi fotografi  itu tadi, maka berakhirlah Majlis pelancaran “spread the love”  pada hari ini. Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada dif-dif kehormat serta hadirin dan hadirat sekalian atas kesudian untuk bersama-sama menjayakan  majlis pada hari ini.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam pengendalian majlis pada hari ini, saya bagi pihak ahli jawatankuasa, dengan rendah hati memohon ribuan ampun dan maaf. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Yang Maha Esa dan yang buruk itu datangnya dari kami.

Mengumumkan keberangkatan Yang Berbahagia Prof. Madya. Dr. Md Amin bin Md Taff diiringi dif-dif kehormat keluar dewan. Hadirin diminta berdiri.