PERKARA
|
TEKS
|
MC
|
GENERAL
|
*Mohon Perhatian*
Bagi memastikan majlis kita berjalan dengan
lancar, hadirin diingatkan agar mematikan atau memastikan telefon bimbit anda
berada dalam pengaturcaraan senyap.
Apabila diumumkan ketibaan YANG
BERBAHAGIA Prof. Madya. Dr. Md Amin bin Md Taff, timbalan naib canselor hal
ehwal pelajar dan alumni, UPSI berserta dif-dif kehormat, hadirin
diminta berdiri.
*Kerjasama para hadirin amat dihargai*
Majlis mengumumkan ketibaan YANG
BERBAHAGIA Prof. Madya. Dr. Md Amin bin Md Taff diiringi dif-dif
kehormat masuk ke dalam dewan.
|
|
Kata Aluan
|
HADIRIN DIMINTA UNTUK TERUS BERDIRI BAGI MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU DAN
IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN.
Hadirin dipersilakan duduk.
*Bismillahirahmanirrahim* (whisper)
“Ulik Mayang nyanyian asli,
Dilagu si gadis merdu sekali,
Terima kasih sekalung budi,
Sudi datang ke majlis merai.”
Yang berbahagia,
Prof. Madya. Dr. Md Amin bin Md Taff,
timbalan naib canselor hal ehwal pelajar dan alumni, UPSI.
Yang berbahagia,
Dr. Bazrul bin Bahaman, pengetua kolej,
Kolej Ungku Omar.
Yang berusaha,
En. Mohd. Fadhil bin Abdullah, Felo
kediaman, Kolej Ungku Omar.
Yang Berusaha,
Haji Mohd Hasan bin Miya Huson, pengerusi
Darul Hedayah Akademi Rohingya.
Yang Berusaha,
Nurul Taqifa binti Mazlan, pengarah program
Majlis pelancaran spread the love.
YANG DIKASIHI,
Para guru, para ahli jawatan kuasa perlaksana
serta para hadirin yang dirahmati sekalian...
Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia.
Selamat datang ke majlis pelancaran spread
the love anjuran Kelab Pelajar Diploma Kolej Ungku Omar .
Untuk
pengetahuan para hadirin, tujuan majlis pelancaran ini dilaksanakan adalah untuk merasmikan program membimbing anak anak
rohingya khususnya dari segi akademik dan sahsiah. Pihak universiti
khususnya, Kelab Pelajar Diploma Kuo telah merancang dan memastikan anak-anak
syurga ini mendapat pendedahan
akademik secukupnya dengan mengadakan program pendidikan yang akan dilaksanakan
selepas pelancaran ini.
|
|
Bacaan Doa
|
“Bunga raya cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.”
Dengan ini majlis mempersilakan Saudara HANIWIJAYA
BIN ABD RASHID
untuk memimpin bacaan doa.
Amin-amin Ya Rabbal Alamin
Terima Kasih diucapkan kepada Saudara HANIWIJAYA
BIN ABD RASHID atas bacaan doa sebentar tadi.
|
|
Ucapan Pengetua
|
Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh
takzim mempersilakan DR. BAZRUL BIN BAHAMAN, pengetua kolej, kolej ungku omar. untuk
menyampaikan ucapan beliau.
*Dengan segala hormatnya dipersilakan*
Terima kasih diucapkan kepada DR.
BAZRUL BIN BAHAMAN atas ucapan
beliau sebentar tadi.
|
|
UCAPAN TNC (PERASMI)
|
“Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.”
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan
daripada yang berbahagia Prof. Madya. Dr. Md Amin bin Md
Taff, timbalan naib canselor hal ehwal pelajar dan alumni, UPSI untuk
menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan majlis pada petang ini.
*Dengan segala hormatnya dipersilakan*
Dengan ini majlis mempersilakan yang
berbahagia Prof. Madya. Dr. Md Amin bin Md Taff, melancarkan
perasmian gimik.
*Gimik perasmian*
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya. Dr. Md Amin bin Md
Taff atas kesudian beliau untuk menyampaikan ucapan serta merasmikan
majlis pada hari ini.
|
|
Persembahan dan Penyampaian Sumbangan.
|
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan
daripada anak-anak Darul Hedayah Akademi Rohingya. Mari sama-sama kita Saksikan.
Terima kasih atas persembahan yang menarik
itu tadi.
Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia Prof.
Madya. Dr. Md Amin bin Md Taff, timbalan naib canselor hal ehwal pelajar dan
alumni, UPSI diiringi Dr. Bazrul bin Bahaman dan
En. Mohd. Fadhil bin Abdullah , untuk menyampaikan sumbangan duit raya
kepada para pelajar dan cenderahati kenang-kenangan kepada pihak darul
hedayah akademi rohinga. Majlis mempersilakan.
*pemberian duit raya*
Seterusnya, dipersilakan Yang Berusaha, Haji
Mohd Hasan bin Miya Huson, pengerusi Darul Hedayah Akademi Rohingya, untuk
menerima sumbangan dan cenderahati kenang kenangan daripada pihak kuo.
Seterusnya, dipersilakan Yang Berbahagia
Dr. Bazrul bin Bahaman pengetua kolej, kolej ungku omar memberikan
cenderahati kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Prof. Madya. Dr. Md
Amin bin Md Taff
Terima kasih diucapkan kepada dr. Bazrul bin bahaman atas
kesudian beliau menyampaikan cenderahati sebentar tadi.
SEKARANG TIBALAH MASA UNTUK SESI BERGAMBAR.
Dijemput para dif kehormat untuk
berfotografi bersama-sama untuk naik di atas pentas.
*sesi
fotografi* |
|
Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah Majlis pelancaran
“spread the love” pada hari ini.
Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada dif-dif kehormat
serta hadirin dan hadirat sekalian atas kesudian untuk bersama-sama
menjayakan majlis pada hari ini.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.
Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan
kekurangan dalam pengendalian majlis pada hari ini, saya bagi pihak ahli
jawatankuasa, dengan rendah hati memohon ribuan ampun dan maaf. Sesungguhnya
yang baik itu datang dari Yang Maha Esa dan yang buruk itu datangnya dari
kami.
Mengumumkan keberangkatan
Yang Berbahagia Prof. Madya. Dr. Md
Amin bin Md Taff diiringi dif-dif kehormat
keluar dewan. Hadirin diminta berdiri.
|
Wednesday, February 19
Teks Pengacara Majlis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment